Selasa, 1 November 2011

kenangan

assalamualaikum dan selamat sejahtera... aku ingin cerita sikit kisah hidup ku. aku dibesarkan di kelantan dan sekarang aku masih belajar lagi di sebuah kolej di sekitar kuala lumpur... cerita yang aku tak boleh lupa ialah... aku tepaksa mengikuti sebuah kem yang memang aku tak nak pergi.. korang pahamkan macam mana kalu pergi kem mesti peraturan ketat.. tapi yang bestnya di situlah aku belajar menjadi manusia walaupun taklah jadi baik sangat..

 aku pergi kesana selama tiga hari dua malam, aku sampai disana pada pkul 9pagi hari jumaat.. pada mulanya memang steres gila tapi nak buat macam mane sabarlah.. geng aku seramai 10orang tapi dibahagikan dengan orang lain yang datang jugak ke kem tu.. aku sekumpulan seramai lima orang termasuk aku, kumpulan aku ditempatkan satu bilik tapi tak dapat rehat pun cuma pergi letak beg dan barang lepas tu aku dah kena pergi dengar taklimat serba ringkas program disitu.. aku berkenalan  dengan kawn-kawan tapi yang bestnya mereka satu kepala dengan aku..

pagi tu aku kena pergi dengar cermah.. memang bestlah ustaz yang beri ceramah sampai menitis air mata aku dengar ceramahnya... lepas siap dengar ceramah kami pergi mendaki bukit memang tinggi gayat rasanya dahlah kena panjat dengan tali.. best jugak rasanya sebab bila lagi kita nak cuba benda macam nikan..tapi berlaku di luar dugaan aku.. ada sorang kawan aku nie masa dia panjat ntah kenapa tiba-tiba tali putus pulak memang takut la tengok.. nasib baik dia tak cedera teruk, cuma luka-luka je..

hari terakhir aku dekat sana memang sedih gila rasa macam tak nak balik je.. yang mula tak pergi tapi yang akhir rasa tak nak balik pulak.. semuanya penjaga kiteorang beri layanan yang baik dan makanan yang disediakan pun sedap.. petang tu kiteorang balik ke kolej..

terima kasih la sebab sudi baca sedikit sebanyak kisah ini... biar pun pening sikit kawan-kawan nak baca.. nie yang pertama aku tulis blog.. nanti ada masa kite jmpa lagi...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan